Assalamualaikum.....
Sekejap saja kan dah bulan Mei...apa yg ada pada bulan Mei??? Macam2 ada...hehehe...dah macam iklan Astro plak...bulan Mei ni kita sambut Hari Pekerja, kemudian Hari Jururawat, pastu plak Hari Ibu dan juga Hari Guru...
So sebelum terlambat Ann nak wish selamat Hari Ibu buat ibu2 di seluruh dunia dan yang teristimewa sekali untuk ibuku Hajah Zainab binti Abdul Satar, ibu mertuaku Che Siah binti Said...semoga kalian sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T...terima kasih atas segalanya...Ann sayang mak...
Then pada 16 Mei ni pulak adalah Hari Guru...Kepada semua guru di Malaysia, selamat menyambut Hari Guru terutama sekali untuk guru-guru yang penah mengajar Ann tanpa rasa jemu bermula di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur (1988 - 1993), kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik (1994 - 1998), Kolej Kurniawan Cheras (Matrikulasi Sains Fizikal) (1999 - 2000), Kolej Universiti Tun Hussien Onn (KUiTTHO - Kejuruteraan Awam) (Nov 2000 - 2005) dan akhir sekali di Institut Perguruan Batu Lintang (KPLI-KH 2008)...tanpa kalian siapalah Ann pada hari ini...terima kasih tak terhingga diucapkan...
Untuk suami tercinta, Cikgu Ahmad Tarmizi Mat Idris, semoga sentiasa menjadi pendidik yang berjiwa kental dalam mendidik anak bangsa....
Tidak lupa juga untuk diri sendiri, semoga mendapat keberkatan dalam profession yg dipilih..mendidik anak bangsa sehingga berjaya...InsyaAllah...
Tidak lupa juga untuk diri sendiri, semoga mendapat keberkatan dalam profession yg dipilih..mendidik anak bangsa sehingga berjaya...InsyaAllah...
Semoga bulan Mei ini memberikan semangat untuk kita meneruskan perjuangan dalam kehidupan...
No comments:
Post a Comment