Assalamualaikum...
Dah lama rasanya xupdate blog...sibuk sket...banyak soalan exam kena wat...hehehe...
So hari ni Ann berkesempatan update blog...cerita dia tentang nasihat Ummu Mu'ashirah kepada puterinya...
Actually Ann terbaca artikel ni semalam..Ann rasa klu Ann update kat blog korg pun leh baca gak...
Ceritanya mcm nie,
Ummu Mu'ashirah menasihati puterinya tentang kehidupan baru...Maksud kehidupan baru nie alam rumah tanggalah...Dalam alam rumah tangga yang dibina xboleh ada orang luar yg campur tangan walaupun mempunyai hubungan darah...Dalam alam rumah tangga ni, isteri akan menjadi teman setia bagi si suami....
So, kita sebagai isteri, perlulah menjadi seorang isteri sekaligus menjadi ibu baginya... Barulah si suami akan merasakan bahawa isterinya segala sesuatu dalam hidup dan juga dunianya...Para isteri juga perlu ingat bahawa si suami juga merupakan seorang bayi yang besar. Hanya sikit kata2 manis akan membahagiakannya. Jangan sesekali menyebabkan dia merasakan bahawa pernikahannya telah menghalang isterinya dari keluarga dan kerabat. Sesungguhnya perasaan ini juga telah dirasakan oleh si suami. Perbezaannya adalah perasaan antara lelaki dan perempuan...Perempuan akan lebih merindui keluarganya serta rumahnya...Tetapi sebagai seorang isteri, haruslah membiasakan diri untuk kehidupan yg baru.. Para isteri juga harus berusaha mengatur hidupnya bersama lelaki yg tlh dipilihnya sbg suami, pelindung dan ayah kepada ank2nya..kerana inilah dunia yang baru...
Alam rumah tangga yg ditempuhi adalah masa kini dan masa akan dtg...Inilah keluarga yang akn dibgnkan bersama dengan si suami..Apa yg cuba disampaikan oleh Ummu Mu'ashirah ialah cintailah suami dengan sepenuh hati, hiduplah bersamanya dan jalanilah hidup dengan bahagia selamanya.....
InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, Ann akan mencintai suami Ann sepenuh hati...walaupun hidup ni ada jatuh bgn...kalau xde jth bgn bkn kehidupan namanya kan?? Abang, tima kasih kerana sentiasa ada disisi ketika susah dan senang...dan tima kasih juga sbb jadi tulang belakang ayang utk mulakan bisness Premium Beautiful..Tima kasih atas segalanya...(macam surat cinta la pulak...hehehehe)
|
Suami tercinta - Ahmad Tarmizi Mat Idris |
Lastly, sama2lah kita ambil renungan bersama...
"Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiyah (Isteri Firaun); setia dari Khadijah (Isteri Rasulullah S.A.W. yang pertama); jujur dari Aisyah (Isteri Rasulullah S.A.W. yang paling muda umurnya) dan teguh hati dari Fatimah (Puteri Rasulullah S.A.W.)"
- Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni -