Tuesday 1 October 2013

Day 2: Rehlah Usrah Serian

Assalamualaikum semua....
Kita sambung balik citer semalam...
Hari kedua iaitu 15.09.2013 kami berada di Batang Ai Longhouse Resort..
Hujan renyai-renyai dari malam hinggalah ke pagi...
Dah bangun pagi dan siap sedia nak sarapan pagi...yang budak dua orang ni sibuk nak mandi kolam...anak oh anak, hujan pun masih nak main air...

Kitaorang berkumpul untuk pulang ke Serian kol 10 pg. Hujan masih lagi renyai-renyai...

Family photo...hehehe...anak lg seorang xtaula mana menghilang

Geng-geng usrah...
Qistina n the gangs

Keluarga Ustaz Nazri

Keluarga Ustaz Wan Mawardi

Keluarga Ustaz Asri

Keluarga Ustaz Asmadi

Keluarga Ustaz Ashraff

My familia

Semua dah ready nak balik..Angkat beg then memulakan perjalanan menuruni bukit dengan keadaan basah..
Naik bot untuk menyeberangi tasek semula...








Dah sampi ke seberang..Siap sedia nak balik ke Serian..
Berkonvoi pula ke Pekan Lubok Antu..banyak makanan esotik..tapi hanya sempat jumpa kelawar je sbb dah terlambat....Kalau awal pagi boleh lihat banyak lagi...

Macam-macam ada...dari sais s ke xxl...orang tu kata, buat masak kicap nyamai...hahaha

Kedah man...hehehe

Iqbal takut nak pegang...Qistina pegang hujung sket je...

Ikan besar-besar kat sini...

Lepas melawat Pekan Lubok Antu, kitaorang pun bertolak pulang ke Serian...
Singgah sebentar di Masjid Sri Aman untuk solat zohor dan makan tengahari yang telah ditempah oleh Ustaz Ikhwan. Menu nasi kerabu dan nasi campur...Seronok makan ramai-ramai...berselera je...




Alhamdulillah akhirnya kol 6ptg berjaya sampai Serian tetapi singgah makan malam siap-siap sbb penat sangat..Sampai umah mandi, solat dan terus tido...Memang seronok dapat melihat keindahan, budaya dan ada resam tempat orang...

Jauh perjalanan, luas permandangan


Love:  Ann

Monday 30 September 2013

Day 1: Rehlah Usrah Serian


Assalamualaikum....
Dah lama rasanya tak menjenguk ke blog ni...dah berhabuk dah...
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di muka bumi ini dengan izin Allah S.W.T.
Sebenarnya Ann nak kongsi cerita perjalanan kitaorang pendidik di Serian ke Batang Ai. Best jugak sekali sekala berkonvoi ramai-ramai. Perjalanan bermula pada pagi 14.09.2013. Semua yang pergi ke sana berkumpul di SK Serian. 9 buah kereta iaitu 7 buah adalah family dan 2 buah lagi budak bujang. Cuaca pun sangat bagus jadi perjalanan memang menyeronokkan tambahan pula setiap keta ada 'walkie-talkie' mmg sentiasa ceria.

Sebahagian kereta yang menyertai konvoi ni

Kitaorang berenti rehat di hentian rehat Sri Aman untuk makan tengah hari.

Antara wajah-wajah ustaz Serian

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah sampai ke Batang Ai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lah. Keadaan jalan raya pada masa tu agak kurang memuaskan kerana jalan sedang dinaik taraf. Tetapi disebabkan terlalu excited jadi semua itu tak kisahlah. Kitaorang sampai Batang Ai lebih kurang kol 1215 la.

Sampai je terus bergambar..hehehehe

Sementara menunggu bot utk ke longhouse - kaum ibu

Kaum ayah

Iqbal dan Qistina yg begitu excited nak naik bot.

So, kol 1235 kitaorg naik bot menyeberang tasik untuk ke Batang Ai Longhouse Resort. Perjalanan nak ke jeti mmg memenatkan sbb kena turun bukit.

Dah bersiap sedia naik bot...yeaaaaahhh

Bergambar dulu sblm bot gerak

Ada satu bot lg menuju ke Batang Ai Longhouse Resort

Qistina request nak duduk kat tepi sbb leh main air...

Lebih kurang 20 minit dari jeti, kitaorang pun sampaila ke destinasi yang dituju. Memang kagum tul tengok. Cantik sangat permandangan kat sana. Subhanallah..

Dah sampai. Pemandangan dari atas jeti

Cantikkan! (permandangan bukan model tu ye)

Pintu gerbang utama

Penat mendaki bukit tapi masih tersenyum. (masa ambil gambar jelah)

Ruang legar

Setelah sampai, kitaorang semua check in then terus terbaring dulu dalam bilik sebab keletihan mendaki bukit.
Bilik kat sini agak selesa kerana di selia oleh Hilton Group. Memang terbaiklah.

Sempat juga menyelit budak sorang ni

Perkara pertama sampai: check toilet...hehehehe

Batang Ai Longhouse Resort dari luar

Setelah berehat sekejap dalam bilik, kitaorang pun kuar bawa budak dua orang yang excited nak mandi kolam. Tak sabar-sabar kata mereka berdua. Layan jelah..

Abah pun teringin nak mandi kolam

Termenung dulu sblm berenang

Kuak kupu-kupu versi Iqbal..Habis air....

Auwww...seksinya Iqbal

Qistina tunjuk skill berenang

Iqbal, Qistina n Maisara

Boleh ganti Bryan  Lomas tak?

Qistina n Maisara

Hampir 2 jam Qistina n Iqbal main kat kolam. Nak ajak kuar dari kolam sikit punya susah. Dah kecut pun masih tak mahu balik bilik. Pujuk punya pujuk akhirnya berjaya juga. Kat sini banyak aktiviti indoor such as pingpong, snooker, monopoly, and so on. 

Dah penat main air, laparla plak. Belilah nasi kat cafe. Mak aiii mahal giler tapi dah xde pilihan ok jelah. Lagipun sekali sekala, kalau hari-hari botak kepala... ewahhhh, macam pantun plak.... Sambil tunggu nasi siap kita main-main dulu.

Bakat terpendam ni...

Subhanallah. Cantik sangat.

Champion katanya...hehehehe

Sempat tu walaupun dalam gelap

Ruai rumah panjang

Dah penat seharian berjalan-jalan, berenang, main snooker n macam-macam lagi. Masuk tido dulu.. Nantikan sambungan day 2. Stay tuned.......


Love: Ann